Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 1, 2008

EPL Super Sunday : Arsenal Kembali ke Landasan, Rooney sumbat Gol ke100

Perlawanan "Super Sunday" semalam sudah cukup untuk mengisi kebosanan di malam hari tatkala hujan tidak henti² turun di kala musim tengkujuh ini. Aksi semalam menemukan 4 pasukan yang dilihat bakal mengisi slot "Top4" (Liverpool? - Oklah) - yang bakal mengisi slot "Top5" EPL!

"Manchester Derby" memulakan aksi pada jam 9:35pm, di mana penyandang juara, Man United bertandang ke Man City. Kedua-dua boss menyenaraikan kesebelasan terbaik masing2. Mark Hughes terus menyandarkan harapan kepada pemain superstar mereka, Robinho. Di satu sisi, Sir Alex pula mengharapkan ayam tambatan United, C.Ronaldo terus menggegar!

Keputusan perlawanan, berpihak kepada Man United menundukkan Man City 1-0. hasil gol tunggal Wayne Rooney, yang telah pun berjaya "Break The Duck" untuk goal ke 100 EPLnya.

2nd match pula,
Tidak kurang "besh" nya, juga derby... London Derby - antara 2 kelab yang berpengkalan di London iaitu Chelsea menanti kunjungan kelab bermasalah, Arsenal di Stamford Bridge.

Big Phil hanya melakukan 1 satu pertukaran dengan menyenaraikan Solomon Kalou menggantikan Florent Malouda. Manakal di Kem Arsenal, bossnya Arsene Wenger kembali menyenaraikan Emmanuel Adebayor serta Robin van Persi setelah ke2-2 mereka terlepas beberapa aksi sebelumnya berikutan rentetan siri kecederaan.

Chelsea berjaya memecah kebuntuan goal, apabila larian kencang Jose Bosingwa di sebelah kanan dan membuat hantaran lintang ke tengah dan kegopohan Johan Djourou menampan ke gawang sendiri memberikan Chelsea mendahului untuk 1st half.

2nd half, Arsenal kembali menemui rentak dan seterusnya berjaya menyaingi tempo Chelsea dan seterusnya menguasai hampir keselurahan game. Bermula hantaran lambung Cesc Fabregas, dan Denilson melorongkan ke kepada RVP dan menendang kencang ke gawang untuk goal penyamaan. Walaupun, timbul sedikit keraguan tentang kedudukan RVP yang kelihatan berada dalam "Offside". Selang tidak sampai 3 minit kemudian, Arsenal berada di depan apabila tandukan Emmanuel Adebayor singgah ke RVP, dan membuat sedikit turning dan merembat leret ke hujung sebelah kiri gawang Arsenal untuk goal kemenangan Arsenal!

Chelsea sekali lagi diajar untuk tidak terus mendabik dada, dan perlu kembali berpijak di bumi nyata. Hahaha.. puas sekali!

No comments: