
Namun lawan yang menanti di separuh akhir bukan calang-calang, iaitu beregu utama Korea Selatan, Lee Young-Dae / Jung Jae-Sung. Dengan kawalan gelanggang yang hebat, pertahanan yang cukup mantap serta super smash dari Lee, mereka dilihat akan terus menggegar arena badminton dunia untuk 5 tahun akan datang.
Manakala langkahan satu lagi beregu negara, Zakri/Fairuzizuan mudah disekat oleh pasangan muda Denmark, Mathias Boe/Carsten. Mereka jelas lesu dan kurang bertenaga di set penentuan dan jelas mereka perlu melipat gandakan usaha mereka jika ingin menyaingi beregu-beregu utama dunia. Ini memberi isyarat jelas, harapan kita dalam acara beregu hanya boleh disandarkan kepada Koo/Tan buat masa ini.
Perlawanan separuh akhir dijangka akan berlangsung pada t/hari ini dan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport CH 811. Saksikan di TV anda!
No comments:
Post a Comment