Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 18, 2008

Filem : Los dan Faun

Minggu lepas, semasa aku berkunjung ke Seremban.. sempat jugak menonton filem terbaru dari pengarah tersohor Malaya, saudara Afdlin Shauki iaitu filem "Los dan Faun"!

Walaupun panggung TGV kat Seremban 2 tu tak berapa penuh, namun rata-rata penonton memang terhibur giler dan gelak ketawa tak pernah lekang dari awal hinggalah ke akhir filem.

Lebih2 lagi, scene yang ada Khir Rahman (Rock, Cuci, etc.), memang aku pun terbahak2 gelak. Yang aku tak leh tahan masa dia *mereka-reka cerita yang dia merupakan abang kpd Serena, siap citer ada "ice-berg" kat Selat Melaka.. Dan juga masa diorang g jumpa ngan Serena kat kelab karaoke, Khir ngan selamba minta lagu dari kumpulan Scoin! Aku tak leh tahan.. Lawak giler! Khir membawakn watak Amran, pembantu kepada Dick Johnson (lakonan istimewa dari Stephen Rahman Hughes).

Dan juga "scene" yang boleh tahan pecah perut, masa Faun pulang ke kampung dia kt Melaka untuk berjumpa Mak Bapak dia, dan Bapak Faun lak, lakonan Hafizzudin (Tarzan, Jgn Pandang Belakang etc.) baru jer abis tengok citer koboi (Brokeback Mountain) ...Har..Har..Har. Korang kena tengok, sure gelak punyer!!!

Totally, cerita ini memang agak hebat jika dibandingkan dengan filem Afdlin sebelumnya, iaitu Sumolah!. Jalan cerita yang agak tidak berat (tapi bukan juga ringan) dan mengajak kita sama-sama berfikir tentang "klu-klu" yang sememangnya misteri!!

Kesimpulannya, tak rugi korang beli tiket.. memang berbaloi!!!

~Great Movie, well done Afdlin!! I'm totally enjoi it!

No comments: