Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 5, 2008

UEFA Champions League 2009 - Matchday 4


Aku sebelum tidur seperti biasa akan set kan "alarm" untuk berjaga. Kali ni match start lewat dari biasa iaitu pukul 3:33 am waktu HongKong (HKT). Aku pun setkan lah pukul 3:30 am.

Seperti yang dijangka "alarm" tu pun bunyilah bila tepat pada waktu tu... tapi tubuh aku pula entah kenapa pula berasa begitu liat untuk bangun.. okaylah, kali ni aku ikut kehendak tubuh aku yg perlukan rehat.. lalu, ku tarik selimut dan mata pun kembali terlelap dibuai mimpi...ZzzZ..ZZz...

Keputusan Untuk Matchday 4 :

Roma berjaya menyentak ego Chelsea dan mengajar untuk berpijak di bumi nyata apabila mereka menundukkan pasukan Blues itu 3-1. Gol disumbangkan oleh Mirko Vucinic (2), C.Panucci manakala gol saguhati di jaringkan oleh John Terry.
~ Keegoaan membawa padah!

Liverpool pula memerlukan penalti pada minit-minit terakhir oleh ketua pasukan kesayangan mereka Stevie G untuk mengelak diaibkan oleh Atletico Madrid yang terlebih dahulu mendahului melalui jaringan Maxi Rodriguez.
~ Jika kita sabar, pasti ada sinar di hujung terowong.

Keputusan-keputusan lain, sila klik di sini!

No comments: