Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, June 21, 2008

Kejutan Kedua dari Turki

Kejutan : Para pemain turki bersorak gembira selepas Rustu Recber menepis tendangan Mladen Petric seterusnya menempah tiket ke Separuh Akhir bertemu Jerman - ink[tm]

Turki sekali lagi melakukan kebangkitan pada akhir-akhir permainan untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan seterusnya menewaskan juara kumpulan B, Croatia melalui penentuan sepakan penalti 3-1.

Walaupun tanpa kelibat ramai pemain utama seperti Mehmet Aurelio & Volkan Demirel yang digantung serta beberapa lagi pemain yang mengalami kecederaan tetap mempamerkan semangat juang yang begitu kental.

Pada perlawanan pada awal pagi tadi, Croatia terlebih dahulu mendahului pada minit ke-129 dalam masa tambahan hasil salah faham antara Emre Asik dan Rustu Recber dan membolehkan Ivan Klasnic menanduk mudah ke gawang gol.

Dan mereka meraikan seolah-olah sudahpun melayakkan diri ke separuh akhir.

Seminit selepas itu Turki melakukan serangan ke kubu Croatia untuk kali terakhir dan Semih Senturk membuat sepakan kencang dan bola terbias terkena kaki Vedran Corluka untuk menuju ke penjuru kanan pintu gol dan seterusnya menerjah jaring dan membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Keputusan sepakan penalti antara Croatia vs Turkey
Croatia :
1. Luka Modric (X)
2. Darijo Srna (/)
3. Ivan Rakitic (X)
4. Mladen Petric (X)
Turkey :
1. Arda Turan (/)
2. Semih Senturk (/)
3. Hamit Altintop (/)

Pasukan Jerman menanti mereka di Separuh Akhir nanti. Mampukah Turki meneruskan langkah mereka? Segalanya mungkin!


TERRIFIC TURK!

-ink[tm]

No comments: