Bersemangat : Pemain Belanda, Khalid Boulahrouz dan Gio begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan mereka sebelum sepak mula. Belanda tersingkir apabila tewas 1-3 kepada Russia. -ink[tm]
Keputusan yang boleh dikira memeranjatkan oleh rata-rata peminat bola sepak yang mengikuti kejohanan EURO kali ini, apabila pasukan berstatus bintang, Belanda telah pun ditunjuk jalan keluar oleh pasukan yang penuh dengan kejutan, Russia.
Penyingkiran Belanda semalam melengkapkan kekalahan awal pasukan-pasukan pilihan bermula dengan penyingkiran awal pasukan tuan rumah bersama Austria & Switzerland pada peringkat kumpulan begitu juga Greece yang hadir selaku juara bertahan.
Manakala kemenangan Russia meneruskan kemaraan pasukan naib juara kumpulan untuk melangkah ke separuh akhir yang telah pun disi oleh 2 pasukan naib juara pada peringkat kumpulan iaitu Turki dan Jerman. Tahniah!
Pada perlawanan awal pagi semalam di Basel, Belanda jelas menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran silang dan percubaan jarak jauh melalui Sneijder, Van der Vaart serta Dirk Kuyt.
Namun berbeza pada separuh masa ke2 apabila Russia mula memperkemaskan jentera mereka untuk mengawal hampir keseluruhan permainan dan sering melakukan serangan dari bahagian kiri melalui Yuri Zhirkov & Andrei Arshavin. Gol pertama hadir pada minit ke 56, bermula gerakan di sebelah kiri, Zhirkov membuat lintangan ke tengah dan ditanduk oleh penyerang utama mereka Roman Pavyluchen-goal dan melenyapkan seketika sorakan para penyokong Belanda yang sebilangan besarnya memenuhi stadium.
Dan selepas itu, kurang 4 minit permainan sebenar ditamatkan, Belanda mendapat sepakan percuma dan diambil oleh Sneijder dan disempurnakan dengan tandukan Ruud van Nistelrooij dan menghasilkan gol penyamaan dan mengheret ke masa tambahan.
Too many "DAN", Arghhhh!
Pada masa tambahan, Russia terlalu kuat untuk ditundukkan apabila 2 gol hasil jaringan Dmitri Torbinsky pada minit 112 & Andrei Arshavin pada minit 116, memastikan kemaraan bergaya mereka. Lawan yang menanti mereka di separuh akhir ialah pemenang antara Sepanyol dan Itali yang akan bermain pada awal pagi esok.
Sentuhan "magic" Hiddink berterusan!
-ink[tm]
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
1 hour ago
No comments:
Post a Comment