Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 23, 2008

Sepanyol Akhiri Badi Penalti

Tangkas : Penjaga gol Sepanyol, Iker Cassilas merebahkan badan untuk menepis sepakan penalti Daniele De Rossi. Sepanyol menang menerusi sepakan penalti 4-2. -ink[tm]

Sepanyol menewaskan juara dunia, Itali melalui penentuan sepakan penalti 4-2 setelah tiada sebarang gol dijaringkan pada masa permainan sebenar. Dengan ini Sepanyol telah pun berjaya mengakhiri badi kekalahan mereka 3 kali berturut-turut melalui sepakan penalti pada kejohanan-kejohanan besar bermula pada Piala Dunia 1986, Euro 1996 dan Piala Dunia 2002. Tahniah!

Jurulatih Sepanyol, Luis Aragones kembali menyenaraikan kesemua pemain utamanya yang direhatkan ketika bertemu Greece tempoh hari termasuklah David Villa, Fernando Torres & Iker Cassilas.

Manakala jurulatih Itali, Roberto Donadoni melakukan beberapa pertukaran dengan merehatkan beberapa tongkak seperti Andrea Pirlo, Gennaro Ivan Gattuso (Pemain Panas Baran) dan juga Antonia Di Natale dan sebaliknya menyenaraikan Alberto Aquillani, Massimo Ambrossini & Antonio Cassano dalam kesebelasan utamanya.

Itali jelas sekali mengamalkan taktik bertahan dengan hanya Luca Toni seorang sahaja berada di atas ketika Sepanyol melakukan serangan dan ini menyukarkan para pemain Sepanyol untuk menembusi pertahanan Itali yang diketuai oleh Giorgio Chiellini yang begitu berkesan sekali peranannya. Tiada sebarang aksi yang atau gerakan yang benar-benar menguji penjaga gol kedua-dua pasukan kecuali pada minit 80, percubaan Marcos Senna di luar kotak penalti hampir-hampir menghasilkan gol apabila bola rembatannya gagal didakap kemas oleh Buffon.

Kemasukan Mauro Camoranesi dan Antonio Di Natale, sedikit sebanyak melancarkan pergerakan jentera tengah Itali yang jelas lesu tanpa sentuhan 'magic' Andrea Pirlo pada kebiasaannya. Sepanyol pula membawa masuk Cesc Fabregas dan Santi Cazorla untuk memberi suntikan nafas baru di bahagian tengah. Namun sehingga wisel tamat, tiada sebarang gol dihasilkan dan mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Iker Cassilas menyelamatkan 2 sepakan dari De Rossi dan Di Natale manakala Gigi Buffon hanya berjaya menyelamatkan satu sepakan dari Dani Guiza. Cesc Fabregas selaku penendang terakhir dengan tenang menendang leret ke sebelah kanan seterusnya memaksa Itali berputih mata.

Keputusan Sepakan Penalti : Sepanyol vs Itali

Sepanyol
1. David Villa (/)
2. Santi Cazorla (/)
3. Marcos Senna (/)
4. Dani Guiza (X)
5. Cesc Fabregas (/)

Itali
1. Fabio Grosso (/)
2. Daniel De Rossi (X)
3. Mauro Camoranesi (/)
4. Antonio De Natale (X)

Diharap kejutan demi kejutan yang berlaku pada kejohanan kali ini tidak akan berulang apabila di separuh akhir nanti, Sepanyol akan bertemu Russia, lawan yang telah mereka tewaskan pada peringkat kumpulan.

Satu lagi separuh akhir menemukan Jerman dan Turki. Namun menurut rekod pada 3 kejohanan yang lalu, pasukan yang menewaskan Republik Czech, seterusnya akan muncul JUARA! Sepertimana yang telah dilakukan oleh Jerman pada 1996, Perancis pada 2000 serta Greece pada edisi yang lalu. Persoalannya, mampukah Turki meneruskan legasi ini? Segalanya mungkin! Terrific Turk!

Ramalan Final , tetap memilih : JERMAN vs SEPANYOL, dan pemenangnya adalah...?


-ink[tm]

No comments: