Kamilah Juara! Pemain sepanyol meraikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Greece, gol-gol disumbangkan oleh Ruben De La Red & Daniel Guiza. -ink[tm]
Sepanyol meneruskan rentak gemilang mereka dengan membenam juara bertahan Greece di Salzburg pada perlawanan awal pagi semalam. Kemenangan 2-1 itu juga bermakna mereka melebarkan rekod kemenangan ke 19 tanpa tewas. Syabas!
Walaupun jurulatih berpengalaman mereka, Luis Aragones hanya menyenaraikan kesebelasan kedua yang terdiri daripada:
GK-Pepe Reina
DF-Arbeloa, F.Navarro, Juanito & Raul Albiol
MF-Xabi Alonso, Iniesta, Cecs Fabregas & Ruben De La Red
FW-Daniel Guiza & Sergio Garcia
Persembahan mereka jelas menunjukkan mereka merupakan sekumpulan bakat-bakat luarbiasa yang akan menguasai pentas bola-sepak antarabangsa di masa akan datang. Berbekalkan dengan kemenangan pada 2 perlawanan awal, pasukan ini meneruskan cara permainan sempurna mereka dengan kawalan bola yang menakjubkan serta hantaran-hantaran yang tepat.
Cukup menghiburkan!
Sepanyol akan bertemu dengan Itali, juara dunia di peringkat suku akhir nanti. Bersamalah kita nanti kan pertembungan ini.
Dan jika terjadilah ramalan awal saya, yang mana ingin melihat pertembungan 2 pasukan yang dianggap "heavyweight" di kala ini iaitu Sepanyol & Belanda di Separuh Akhir. Pasti kita akan dihidangkan aksi bertaraf antarabangsa oleh kedua-dua pasukan ini.
Anda Pasti terhibur!
Siaran langsung akan disiarkan oleh TV3, NTV7 & Astro Supersport (Channel 817)
Bersama kita saksikannya & jangan terlepas peluang menonton aksi-aksi hebat ini.
-ink[tm]
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
7 hours ago
No comments:
Post a Comment