Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 28, 2008

Akhirnya Anwar Bersumpah!

Setelah diasak berminggu-minggu serta ditekan oleh pelbagai pihak, maka hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah . Haha.. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat mewakili Parlimen P.44 Permatang Pauh.

Majlis bermula pada jam 10.05 pagi tadi, beliau segak berbaju hitam, mengiringi beliau ialah isterinya Datuk Seri Wan Azizah serta anak perempuannya Nurul Izzah Anwar.

Tahniah DSAI!

[English Section - courtesy of TheStarOnline]

Anwar sworn in as MP

PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim was sworn in as Permatang Pauh MP at 10.05am Thursday in a brief ceremony in Dewan Rakyat here.

Anwar, who turned up for the event in a simple black baju melayu, was accompanied by his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and their daughter Nurul Izzah.

The swearing-in took place in front of Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

After the swearing-in, Anwar took his place on the first seat on the Opposition block.

Sepanggar MP Datuk Eric Enchin Majimbun, who is from Sabah Progressive Party (SAPP) took the opportunity to congratulate Anwar on his win as he stood up to field the first query in the question and answer session.

Wednesday, August 20, 2008

Kompas : Chong Wei Dianggap Pahlawan

EPL pun dah membuka tirai, tiba-tiba "mood" untuk berblogging mula pudar. Cemuh, Bosan & Letih! Mungkin saya memerlukan "boost energy" untuk menaikkan semula 'mood' yg kian pudar itu. Mungkin!

Olimpik pun dah hampir ke penghujung nya, cuma tinggal 3-4 events yang masih mahu ikuti. Semestinya acara-acara seperti 200m, mampukan Usain Bolt memenangi emas berganda?) Juga acara 4x100m pecut, Jamiaca vs USA? Adakah kuartet USA akan kempunan lagi.
Juga acara Hoki lelaki, dengan juara bertahan Australia masih dilihat liat untuk ditewaskan dan mampukah pasukan-pasukan dari Asia, khususnya Pakistan & Korea Selatan memenangi emas di benua sendiri? Sama-samalah kita tunggu!!!

Ada satu artikel yang disiarkan di laman web akhbar Indonesia,iaitu Kompas begitu menarik minat saya. Mereka cuba bandingkan ganjaran yang diberikan oleh Kerajaan Msia kepada Chong-Wei dan memuntut pihak pemerintah Indonesia juga memberikan ganjaran yang setimpal buat atlet2 mereka.

Untuk petikan akhbar, sila scroll dibawah!


Chong Wei Dianggap Pahlawan

Senin, 18 Agustus 2008 | 14:15 WIB

KUALA LUMPUR, SENIN - Masyarakat Malaysia memperlakukan tunggal putera Lee Chong Wei sebagai pahlawan, meski ia dikalahkan unggulan pertama asal China, Lin Dan dalam perebutan medali emas Olimpiade Beijing 2008. Chong Wei kalah 12-21 8-21, sehingga gagal mewujudkan ambis negara tersebut untuk meraih medali emas pertama di ajang olimpiade.

Namun Chong Wei tetap dihargai karena Malaysia tidak pernah mendapat medali apapun sejak Olimpiade Atlanta 1996. "Chong Wei telah memberikan yang terbaik. Namun penampilan Lin Dan sangat luar biasa," kata Menteri Belia dan Sukan atau Pemuda dan Olahraga, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

"Chong Wei tetap akan dianggap sebagai pahlawan karena mempersembahkan medali perak dan mengakhiri paceklik medali selama 12 tahun," katanya.

Pemain bulu tangkis peringkat dua dunia ini tidak mau beralasan mengenai kekalahannya dari Lin Dan. "Saya menyesal mengalami kekalahan. Saya berharap para pendukung tidak menyalahkan saya dan saya bisa melanjutkan karir bulu tangkis saya dan dapat ikut olimpiade kembali," kata Chong Wei.

Ayah Chong Wei, Lee Ah Chai, yang menyaksikan dari rumah bersama sejumlah jurnalis, mengatakan anaknya benar-benar di bawah tekanan. "Saya berharap rakyat Malaysia tidak marah dan kecewa karena Chong Wei telah berusaha sekeras mungkin," katanya.

"Saya sendiri tidak kecewa karena ia telah lolos ke final dan memberikan yang terbaik," sambungnya.

Sesuai janji pemerintah Malaysia, Chong Wei akan memperoleh bonus ( Rp 850 juta) untuk medali perak yang diraihnya, serta dana pensiun per bulan sebesar Rp 8,5 juta.

Suatu sikap yang patut ditiru oleh Indonesia. Selain kepada Markis Kido/Hendra Setiawan, penghargaan tentunya juga harus diberikan kepada Nova Widianto/Liliyana Natsir, Maria Kritisn Yulianti serta Flandy Limpele/Vita Marissa.

Thursday, August 14, 2008

Beregu "Emas" Terkandas

Hampa & Kecewa!!


Itulah perasaan yang dirasai oleh para peminat badminton negara setalah beregu emas negara, Koo Kien Keat & Tan Boon Heong tewas "straight set" kepada pasangan dari indonesia, yang juga juara dunia, Markis Kido / Hendra Setiawan 16-21 & 18-21.

Markis / Setiawan yang diletakkan pilihan pertama kejohanan bermula dengan garang dengan pukulan serta "smash" kerapkali gagal dibalas oleh Koo/Tan. Bagi pasangan negara pula, jelas sekali kurang kerjasama serta persefahaman yang lemah dan ini memberikan kelebihan kepada Markis/Setiawan untuk menang di set pertama. Hanya sesekali Koo berjaya melakukan "Net Trick" untuk memerangkap lawannya itu. Set pertama dikuasai oleh Hendrawan yang bijak membuat pukulan-pukulan yang mengelirukan. Rally paling menarik ialah pada mata ke15 (untuk pasangan Indosesia)... A Great Rally!

Di set kedua, pasangan negara jelas lesu dengan sesekali aksi "one man show" by Koo dan memberikan banyak ruang kepada pihak lawan melakukan asakan demi asakan terutamanya "jumping smash" dari Markis. "Bad Line Judgment" juga menjadi pengumbang mata kepada pihak lawan. Pada "break" di kedudukan 9-11, jurulatih beregu negara yang juga rakyat indonesia, Rexy sibuk memberikan kata-kata semangat kpd anak buahnya. Permainan disambung semula dengan Tan melakukan servis, dan mereka mula memperkamaskan permainan dan berjaya memungut 4 mata berturut-turut dan buat kali pertama mendahului lawan. Namun, pada kedudukan mata ke18-17, beregu negara mempamerkan pertahanan yang hebat setelah asakan yang dimulakan oleh Markis. Asakan yang bertali arus oleh pasangan Indonesia itu berjaya di balas oleh Koo/Tan sehinggalah apabila Tan melakukan kesilapan melambungkan bulu tangkis ke depan jaring dan Setiawan yang sedang menanti betul-betul di depan jaring, mudah melakukan "super smash" untuk mengikat mata 18-18. Aksi Rally itu cukup-cukup menghiburkan...A Amazing Rally!

Pada mata ke19 (untuk Indonesia) mencetuskan sedikit kontroversi, apabila bulu tangkis seakan-akan keluar tetapi pengadil menyatakan masuk dan memberikan mata kpd Indonesia. Koo yang berang dengan keputusan itu, cuba mencabar keputusan pengadil namun tidak dibenarkan. Keputusan itu begitu menjejaskan tumpuan permainan mereka dan gagal mengekang asakan bertali arus dari beregu Indonesia dan tewas 18-21.

Kini harapan diletakkan di bahu Lee Chong-Wei untuk memburu emas sulung negara. Dia akan turun ke gelanggang pada jam 11.30 pagi waktu tempatan. Semoga berjaya!

* [ Update 12.35 pm : Chong-Wei make thru to Semis Final after beating Sony Dwi-Kuncoro just a moment ago.. Well Done! ]

Tuesday, August 12, 2008

"Mr. Enigma" Tersingkir!

Upset!
Itulah perkataan yang mula bermain di fikiran saya selepas selesai "match" mlm tadi apabila wakil veteren negara, Wong Choon Han berjaya menunjukkan jalan keluar buat wakil indonesia yang juga juara bertahan, Taufik Hidayat. Choon Han menang bergaya "straight set" 21-19, 21-16.

Walaupun tidak diletakkan harapan yang tinggi untuk Choon Han menundukkan Taufik, mungkin permainan Taufik yang jelas menurun di kala ini memberikan kelebihan kpd Choon Han menguasai permainan.

Di set pertama, Taufik atau pun "Mr. Enigma" (my bro panggil), jelas lesu dengan Choon Han banyak mendapat mata dengan mudah. Di set kedua, juga serba tidak menjadi buat Taufik dengan dia mudah melakukan kesilapan memberikan Choon Han mata demi mata.


Taufik yang dilaporkan terkena demam denggi sebelum terbang ke Beijing, dan mungkin itu sedikit sebanyak menjejaskan persiapannya. Buat Choon Han, luka 4 tahun lalu di Athens sedikit sebanyak terubat.

Mungkin ini Olimpik yang terakhir buat Choon Han sebelum mengantung raketnya. Di peringkat "Round of 16" nanti , Choon Han akan bertemu wakil tuan rumah Chen-Jin.


[ ENGLISH SECTION ]

SEASONED campaigner Wong Choong Hann ended Indonesian Taufik Hidayat's reign as the Olympic champion with a superb 21-19, 21-16 win in a second round match at the Beijing University of Technology Gymnasium last night.

The 31-year-old appeared to be the fitter of the two last night and went on the offensive from the start. After winning a tight first game, a psyched up Choong Hann led all the way to seal victory in straight games.

Taufik, who had just recovered from dengue fever, was not too disappointed that he was dethroned as the Olympic champion.

But a win is still a win and what made it sweeter for Choong Hann was that he avenged his defeat by the Indonesian in the second round at the last Olympics in Athens in 2004.

Choong Hann, playing in his final Olympics, now has a clear run into the quarter-final where he will face China's Chen Jin.

Tuesday, August 5, 2008

Adi Dasslèr : Pencipta Sejati

Dilahirkan pada 3 November 1900 di sebuah kawasan terpencil bernama Herzogenaurach, Jerman, Adolf "Adi" Dasslèr ataupun lebih dikenali dengan Adi Dasslèr ialah merupakan pengasas kepada produk jenama sukan yang termasyhur seantero dunia, iaitu ADIDAS!

Bermula kerjaya hanya sebagai tukang pembuat kek, Adi mula mereka-mereka kasut sukannya sendiri di dapur rumahnya setelah pulang dari Perang Dunia ke-2. Ayahnya, yang bernama Christoph merupakan seorang pekerja buruh di sebuah kilang kasut, manakala abangnya, Zehlein juga pernah mencipta kasut trek buatan tangan telah memberikan sokongan serta semangat kepada Adi untuk memulakan perniagaannya sendiri di bawah label Adidas bersempena namanya sendiri ("Adi das"sler)
Pada tahun 1936, semasa berlangsungnya Sukan Olimpik di Berlin, Adi telah mencipta sepasang kasut pecut kepada pelari muda Amerika Syarikat bernama Jesse Owens. Owens membuat kejutan dengan memenangi 4 pingat emas melalui acara 100m, 200m, 4x100m dan lompat jauh.

Di kejohanan Piala Dunia 1954 di Bern, Switzerland. Pada perlawanan akhir, pasukan Jerman yang ketinggalan 0-2 kepada pasukan terkuat 1950-an, iaitu Hungary, memerlukan keajaiban untuk bangkit pada separuh masa kedua. Tanpa diduga hujan mula turun sebaik separuh masa kedua bermula, para pemain memerlukan but yang kuat cengkaman untuk mereka beraksi dengan baik di atas permukaan padang yang agak licin. Pasukan Jerman yang memakai but Adidas telah bangkit menewaskan Hungary 3-2 seterusnya memenangi Piala Dunia buat kali pertama.
Pada 1968, Olimpik di Mexico City. Atlet Amerika Syarikat bernama Dick Fosbury telah merevolusikan teknik lompatan bagi acara lompat tinggi dengan melompat cara membelakangkan palang. Adi telah mencipta 2 pasang kasut berlainan untuk Fosbury merialisasikan teknik barunya itu. Hasilnya, Fosbury berjaya memecahkan rekod dunia seterusnya memenangi pingat emas.

Sehinggalah ke hari ini, nama-nama seperti Maradona, David Beckham, Kaka, Shansuke Nakamura & sebahagian lagi pemain bola sepak meneruskan legasi menggunakan jenama Adidas dan menjadikannya cukup sinonim dengan sukan.

Label Adidas bukan sahaja masyhur di atas padang, balapan & stadium.. mendiang Bob Marley, Oasis dan KoRn bahkan ramai selebriti-selebriti menggunakan jenama ini dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.


"Mr. Adi Dasslèr : Pencipta Sejati!"

Saturday, August 2, 2008

Debat Pusingan Ke2 : YB Saifuddin Nasution VS YB Khairy Jamaluddin


Mungkinkah debat pusingan kedua diadakan lagi selepas ini, biar pun Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan gagal menggalas harapan Umno pada debat pertama.

Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak penganjur debat ada menghubunginya mempelawa tampil dalam agenda debat pusingan kedua

"Saya telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan siapa sahaja dari kalangan pemimpin Umno termasuk juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin," katanya pada satu ceramah di Kampung Air Tawar, Semerak, baru-baru ini.

Hadir sama pada program itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Adun Limbongan, Zainudin Awang Hamat dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Baru-baru ini debat yang membahaskan topik 'Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak' menyaksikan pertemuan antara Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Malaysia.

Pada debat itu rata-rata orang ramai yang menonton melalui siaran lansung di TV9 memuji kemantapan hujah bekas timbalan perdana menteri berbanding Shabery yang lebih emosi. Sehubungan itu Saifuddin mengulangi beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat.

"Saya sanggup, tidak ada masalah. Sekarang saya tunggu kad jemputan secara rasmi," kata beliau.

Saifudin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, kesanggupan berdebat bukan kerana mahu publisiti, sebaliknya mahu memartabatkan falsafah keadilan dan kebenaran selepas kehidupan rakyat terbeban setelah harga minyak dinaikkan Jun lalu.


Semoga berjaya SNI!