Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 15, 2009

BPL : Saingan semakin terbuka

Puas : Wajah bangga Gerrard a.k.a Kapten Marvel disamping wajah girang ditunjukkan oleh Torres.
(Pic ©2009 Yahoo!)


Walaupun tak sempat tengok match semalam, sbb kena sertai rombongan kahwin (saudara 2pupu) namun sempat jugak check via opera mini my bro.

Liverpool menang la.. jaringan 4-1!

Main pulak kat "theatre of dream". Memang berjaya menyentak para "die-heart fans" The Red Devils. Ni kalau gi tengok kat Sunway Lagoon ni memang havoc giler. Tak terucap ngan kata2. Especially, peminat the Reds.

Separuh Masa Pertama

United dahulu sumbat melalui penalti pada minit ke-22 yang disempurnakan oleh ayam tambatan Portugal mereka iaitu Ronaldo.

Selang 6minit lepas tu, berpunca dari kegopohan Vidic, penyerang berstatus "superstar" liverpool, Torres berjaya menyamakan kedudukan.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, sekali lagi kekalutan berlaku di Manchester Box, dan memaksa Evra melakukan kekasaran ke atas, Captain Marvel (Gerrard). Gerrard juga menyempurnakan penalti itu untuk meletakkan team pelawat di depan.
Separuh Masa Kedua

Sir Alex terpaksa memasukkan Scholes & Berba. Malam tadi memang serba tidak menjadi buat United apabila sekali lagi bala menimpa apabila di Vidic hadiahkan kad merah.

Liverpool kemudiannya, mendapat sepakan percuma dan di ambil oleh Fabio Aurelio terus menerjah jaring untuk gol ke-3.

Dan untuk melengkap malam penuh derita United, pemain gantian Andrea Dossena turut menyumbangkan gol ke-4 buat Liverpool untuk menjadikan keputusan muktamat semalam, 4-1.

No comments: