Dr. Yusuf Estes dilahirkan pada tahun 1944 di Ohio, AS. Tahun 1962 hingga 1990 dia bekerja sebagai pemuzik di gereja, penginjil sekaligus menjalankan perniagaan berkaitan dengan alat muzik seperti piano dan organ. Awal 1991 dia menjalinkan perniagaan dengan seorang pengusaha Muslim yang berasal dari Mesir bernama Muhammad Abd Rahim.
Awalnya ia berniat untuk mengkristiankan pemuda dari Mesir itu. Namun akhirnya dia sendiri telah mendapat hidayah dari Allah Swt untuk memeluk Islam serta diikuti pula oleh isteri, anak-anak, ayah serta keluarga mertuanya. Beliau juga telah berjaya menguasai bahasa Arab secara aktif, demikian juga ilmu Al-Quran selepas belajar di Mesir, Maghribi dan Turki. Sejak 2006, Yusuf Estes sering muncul di PeaceTV , Huda TV , demikian pula IslamChannel yang bermarkas di United Kingdom. Ia juga muncul dalam siri television Islam untuk anak-anak bertajuk "Qasas Ul Anbiya" yang bercerita tentang kisah-kisah para Nabi.
Yusuf terlibat aktif di berbagai aktiviti dakwah. Misalnya, ia menjadi imam tetap di markas militer AS di Texas, dai di penjara sejak tahun 1994, dan pernah menjadi delegasi PBB untuk perdamaian dunia. Syekh Yusuf telah meng-Islam-kan banyak kalangan, dari birokrat, guru, hingga pelajar. Kisah selanjutnya mengenai Syeikh Yusuf Estes, sila layari laman sesawang beliau di www.islamtomorrow. com.
"Takbir!"

No comments:
Post a Comment