Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 30, 2008

Coretan Euro 2008 [by ink]


Jika diimbas kembali sebelum bermula sepak mula lagi, sudah ada cakap-cakap bola antara saya dengan teman-teman, begitu juga antara saya, abang & sepupu. Abang saya, Lo awal-awal lagi membayangkan tahun ini bakal menjadi milik pasukan yang bukan dari pasukan pilihan. (Pasukan pilihan adalah Austria, Switzerland, Belanda & Greece). Ketika ramai teman-teman memilih pasukan-pasukan "heavyweight" seperti Portugal, Itali, Perancis dan juga Belanda bakal berpeluang cerah muncul juara. Berlainan pula dengan kami, kami memilih untuk berbeda pendapat. Saya awal-awal lagi menyatakan tahun ini bakal menjadi milik Sepanyol, manakala Lo memilih Jerman, begitu juga dengan sepupu, Ben (sejak bila minat bola pun tak tau la) dan seorang lagi sepupu, Men dengan muka penuh yakin memilih Perancis.

Di satu sisi saya berharap kejohanan Euro tahun ini bakal ada kejutan dari pasukan-pasukan "underdog" seperti Croatia, Turki & Russia untuk melangkah jauh. Ramalan awal saya untuk peringkat Separuh Akhir adalah di antara : Jerman melawan Portugal dengan sekiranya Jerman muncul juara kumpulan B. Manakala satu saingan separuh akhir semestinya Sepanyol bertemu Sweden dan seterusnya "Final" adalah pertembungan antara Jerman dan Sepanyol. Kita hanya mampu membuat ramalan, dan keputusan adalah terletak di kaki para pemain. Portugal ditewaskan lebih awal oleh Jerman pada peringkat suku akhir manakala Sweden tersungkur lebih awal dan gagal layak ke peringkat kalah-mati.


Perlawanan Pilihan [by ink]
Hanya 70% perlawanan Euro kali ini saya tonton dan ikuti dengan penuh minat. Bermula dari perlawanan pembukaan antara tuan rumah bersama, Switzerland bertemu Portugal hinggalah ke perlawanan akhir yang menemukan Sepanyol dan Jerman. Pada fasa pertama iaitu perlawanan peringkat kumpulan,perlawanan kumpulan A yang saya kira berbaloi berjaga malam ialah perlawanan yang melibatkan Portugal & Turki. Dan perlawanan pilihan untuk kump.A semestinya perlawanan Turki dan Republik Czech yang dimenangi oleh Turki 3-2.


Untuk Kumpulan B, saya hanya menonton satu perlawanan sahaja iaitu perlawanan antara Croatia dan Jerman. Kumpulan C memang cukup menarik, dengan kesemua perlawanan ditonton! Perlawanan pilihan adalah perlawanan Belanda membelasah Perancis 4-1 dan membenam Itali 3-0! Kumpulan D pula, hanya perlawanan melibatkan Sepanyol ditonton manakala perlawanan pilihan untuk kump.D adalah perlawanan Sepanyol menjinakkan Russia 4-1. David Villa menjaringkan "hatrik" dan satu-satunya pemain yang menjaringkan "hatrik" pada kejohanan kali ini seterusnya muncul penjaring terbanyak kejohanan. Tahniah, Viva Villa!


Keputusan Undian [by ink]
Sempena kejohanan Euro kali ini, saya telah membuat 2 undian iaitu untuk meramal Penjaring Terbanyak kejohanan dan juga Pemain Muda Terbaik kejohanan. Berikut adalah keputusan undian.

Penjaring Terbanyak Kejohanan
Cristiano Ronaldo 45%
Nihat Kahveci 0%
Miroslav Klose 8%
Theirry Henry 0%
*David Villa *41%
Zlatan Ibrahimovic 6%
Roman Palyuchenko 0%
Others 0%


Pemain Muda Terbaik Kejohanan
Joao Moutinho 0%
Karim Benzema 8%
*Arda Turan *58%
Ivan Rakitic 0%
David Silva 8%
Igor Akinfeeyev 25%
Marcell Jensen 0%
Others 0%

" Setelah hampir 4 minggu kejohanan ini berlangsung, yang paling dikenang ialah semangat juang yang ditunjukkan oleh Turki harus dipuji terutama ketika membenam cabaran Republik Czech dan Croatia. Nama-nama seperti Volkan Demirel, Arda Turan, Semih Senturk, Andrei Arshavin, Roman Palyvuchenko, Igor Akinfeeyev, Dani Guiza, Santi Cazorla dan sebilangan lagi akan menjadi buruan kelab-kelab gergasi Eropah.

Tidak lupa juga, pasti masih teringiang-ngiang lagi suara klasik pengulas sukan paling saya kagumi dan minati, iaitu Mr. John Helm. Saya mula mengagumi ulasan beliau semenjak dari siaran langsung "UEFA Champions League" yang ketika itu disiarkan oleh TV3. Ulasan-ulasan yang diberikan memang cukup dengan fakta serta membuatkan kita berasa segar hampir 90 minit permainan.

Dan untuk 5 minggu yang akan datang, bolehlah saya berehat secukup-cukupnya, Tiada lagi berjaga malam, Bersengkang mata, Bangun seawal pagi & Kembali tidur sesudah subuh. Tiada lagi sorakan emosi dan sekarang "the best seat is on my bed"!
Namun itu untuk seketika kerana Liga Perdana Inggeris (BPL) akan membuka gelanggang pada bulan Ogos nanti. Tidak sabar rasanya untuk melihat aksi Kaka atau Ronaldinho atau Ibrahimovic beraksi di pentas EPL. Segalanya Mungkin! Terimaksih daun keladi kerana sudi membaca coretan saya ini. Jumpa lagi!


-ink[tm]

2 comments:

Anonymous said...

Spain were supreme. Masterclass of all. Not many team had won major football tourney played beautifully. But Spain one of the few.... Ho la spain.

My favourite coach, Vicente Del Bosque is their national coach now. Better luck luck for them in ________(South Africa/Mexico.

Ho la senor Del Bosque...

Imran Ahmad Fauzay said...

Joga Bonito Espana!

Gracias!