Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 29, 2008

Manariknya "Merseyside Derby" & "East Cost Derby"













Merseyside Derby
merupakan perlawanan bola sepak yang melibat dua musuh tradisi setempat di bandar Liverpool iaitu di kawasan Merseyside, England.

Dua kelab tersebut adalah pasukan Liverpool FC dan Everton FC. Ianya bermula sejak tahun 1962 lagi, pada ketika itu dua pasukan ini sedang berebut untuk menakluk kejuaraan Liga di England.

Secara tradisinya, perlawanan ini digelar "The Friendly Derby" kerana kebanyakkan peminat kedua-dua pasukan ini terdiri dari ahli keluarga serta rakan-rakan karib sendiri. Menariknya, dengan jumlah yang sebegitu ramai, kedua-kedua penyokong pasukan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Evertonians & Liverpudlians mereka masih lagi boleh duduk bersama menyaksikan perlawanan derby tersebut. Hebat sekali!

( sumber : wikipedia )

Begitulah mentaliti orang-orang barat, walaupun mereka menyokong pasukan yang berbeza, namun hubungan sesama keluarga & rakan-rakan lebih diutamakan. Kalau di tempat kita? Hm.. kan elok. Aku ambil contoh mudah, pasukan negeri aku sendiri Skuad Kijang terutamanya bila bertemu dengan seteru tradisi pantai timur iaitu Negeri Terengganu, yang digelar skuad Penyu. Perlawanan yang digelar "East Cost Derby" itu sering berakhir dengan adegan keji-mengkeji,cemuh-mencemuh & yang paling teruk sekali pergaduhan.
Kalu kita menang, para penyokong Teganu siap sedialah untuk pekakkan telinga kerana mereka sudah pasti akan di BOOOO.. dan jika pasukan kita kalah, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. Macam-macam aksi kita boleh lihat yang malas untuk saya ceritakan di sini.

Bottom line is...contohilah evertonians & liverpudlians tadi. Mungkin dari aspek ini mereka lebih bagus dari kita. Sama-samalah kita fikirkan.

3 comments:

Anonymous said...

Aku pun dah lama x g stadium,hmmm... mungkin betul gak kata ko tu.

Anonymous said...

Apsal x komen sal "Rasuah" yg K.J bagi annoucement semlm ngan mata kuyu!

Imran Ahmad Fauzay said...

Aku malas nak sentuh pasal bola sepak M'sia.. buat malu jer. Ranking lebih rendah dari Tahiti, Haiti & Bostwana!